Wednesday, June 9, 2010

Masih Relevankah Puteri Umno??



Terkilan..
apa nak dikata. saya rasa terkilan kerana pada tahun 2010 ni kehadiran ahli puteri ke mesyuarat perwakilan puteri bahagian kian berkurangan. mengapa ye? bukan nak kata cawangan lain, ahli puteri dari cawangan saya sendiri pun tidak ambil endah bila tiba musim persidangan atau mesyuarat perwakilan puteri bahagian. sudah dimaklumkan tetapi tiada respon. mengapa sambutan ahli-ahli puteri begini ye? mengapa mereka sendiri tidak menyuarakan cadangan, pendapat dan pandangan mereka sendiri? kita tidak tahu apa kehendak mereka sekiranya mereka sendiri tidak memberitahu. kadang-kadang saya tidak pasti apa tujuan sebenarnya mereka menjadi ahli puteri. kalau kata nak ikut sama berjuang, kenapa bayang pun tak nampak? fikir-fikir lah sendiri. ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ke mana nak diwariskan perjuangan ini kalau tak kepada yang muda-muda terutamanya ahli-ahli puteri ini. aduhai..
Noraizanisah Zainal Abidin
Ampang, Selangor, Malaysia
Penolong Bendahari Puteri UMNO Bahagian Ampang, Ketua Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak, Setiausaha Biro Latihan UMNO Bahagian Ampang. email : noraizanisah9@yahoo.com

Salam Perjuangan,
saya secara jujurnya amat tertarik dengan permasalahaan Ketua Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak ini yang amat terkilan dengan kehadiran ahli Puterinya di Mesyuarat Perwakilan Puteri..Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak,malah berlaku mungkin di setiap Puteri Cawangan yang lain..kenapakh ini berlaku??adakah kita tidak memberikan komitmen??adakah kita sendiri yang tidak berusaha??Masalah ini berlaku disebabkan oleh banyak sebab dan perkara..masalah ini juga perlu diambil berat oleh Ketua Cawangan,Ketua Puteri Bahagian dan seterusnya Ketua Bahagian..Masing-masing perlu ada inisiatif bagaimana nak menarik pengundi muda dan bagaimana mahu menambahkan ahli..kita sendiri menghadapi masalah kerana anak-anak orang kuat UMNO itu sendiri tidak berminat untuk mengaktifkan diri dalam politik,sejauh mana seseorang Pemimpin itu berjuang sekalipun tetapi sekiranya beliau tidak dapat memimpin anak sendiri untuk bergiat dalam politik dan seterusnya memberikan sokongan kepada Puteri UMNO, tidak berbaloi perjuangan itu..

Secara peribadinya saya berpendapat bahawa UMNO perlu menerima dan membuka ruang untuk anak-anak muda ini untuk menggalas tugas secara serius,Merancang & Melaksana..Anak-anak muda ini jangan dipandang sebagai pencabar seharusnya diberikan kepercayaan dan sokongan..Ibarat ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan penuh tanggungjawab dan kesabaran..

Kita mungkin terlalu selesa sehingga ingin menjadi seperti Samy Vellu..Bukalah ruang dan sediakan anak-anak muda ini sebagai pengganti pejuang UMNO kerana kini mereka adalah tentera yang sama kuat dan sama cergas..

Memang ramai anak-anak muda yang menjauhi bangunan UMNO kerana dua perkara.Pertamanya,UMNO tidak memberi peluang kepada anak-anak muda, walaupun ada PEMUDA tetapi haluan untuk berkhidmat kepada UMNO terlampau berliku akibat cantas mencantas walaupun baru di depan pintu.Kedua,kerana parti UMNO kebanyakkan banyak yang mengikut idea-idea ahli-ahli yang veteran.Bukan tak bagus,bukan tak bernas.Bagus,tetapi zaman sekarang sudah jauh berbeza dengan era 50an..Tetapi kami masih lagi rasa dijajah..Perlu sedar bahawa peredaran masa membawa perubahan..

p/s : Berilah peluang kepada yang memberikan komitment..

Semoga UMNO Berubah..


0 comments on "Masih Relevankah Puteri Umno??"

Post a Comment


My Blog List

 

Pu3segambuttengah Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez