Monday, May 31, 2010

Mesyuarat Puteri Umno Cawangan Segambut tengah & Mesyuarat Cawangan

0 comments
Alhamdulillah,Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya Pu3segambuttengah dapat menyermpurnakan mesyuarat Pu3 cawangan. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli Pu3segambuttengah,mesyuarat dapat dijalankan dengan lancarnya. Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir,inshallah diharap kita akan bertemu lagi di program yang akan datang..



Cenderahati yg diberikan kepada puteri yang hadir..
Novel dan barangan perhiasan wanita..
Wanita Cawangan Segambut Tengah sedang khusyuk bermesyuarat..
masih menunggu kehadiran Puteri yang lain..








Tuesday, May 25, 2010

Yang Menarik Perhatian Pu3segambuttengah..

0 comments
Dewasa ini, dimensi politik tanah air telah banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Kelibat tenaga muda kian menonjol dalam arena politik tempatan yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemas dan bimbang dalam kalangan pemimpin dan tokoh politik senior. Tunggu masa untuk mengambil alih kedudukan. Dalam parti UMNO umpamanya, daripada hanya ada sayap Pemuda, kemudian disusuli Puteri dan kini tertubuh pula sayap Putera. Senario ini mencerminkan keadaan dan pentas politik semakin terbuka untuk semua lapisan masyarakat. Ditambah pula dengan peningkatan taraf pendidikan, kesan perkembangan dunia ICT yang secara tidak langsung meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat.

Kesan daripada perkembangan ini, rakyat tidak lagi melihat siapakah wakil yang bakal mereka pilih, tetapi lebih kepada apakah sumbangan yang akan mereka peroleh dan nikmati hasil sokongan politik yang mereka berikan. Pada masa kini, rakyat sudah pun sedar akan tugas dan peranan wakil rakyat, tambahan pula ahli-ahli Parlimen terdiri daripada mereka yang layak dan berkelulusan tinggi, tidak seperti dulu.

Dipetik dari BUKU YB OH YB!ANTARA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB,Ahmad Atory Hussain,Utusan Malaysia

Sunday, May 23, 2010

Program Juara Rakyat Bulan Wanita & Keluarga

0 comments
Tempat : Segambut Bahagia
Sabtu,22 Mei 2010..Wanita Umno Segambut menganjurkan Program Juara Rakyat Bulan Wanita & Keluarga yang bertempat di Segambut Bahagia.Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk menarik penduduk setempat untuk mengambil bahagian bagi setiap acara yang diadakan.Pu3segambuttengah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam acara peragaan pakaian muslimah..





Pu3segambttengauh yang mengambil bahagian dalam peragaan pakaian muslimah

Tempat : Bandar Tun Razak

Sambutan Hari Ibu Puteri Umno Malaysia

0 comments
Tempat : Bora Ombak,Ampang
Puteri Umno Malaysia menganjurkan  Bersempena sambutan Hari Ibu bertempat di Restoran Bora Ombak,Ampang.Sambutan ini diadakan untuk menghargai ibu-ibu dikalangan ahli Puteri Umno sendiri.Pu3segambuttengah juga tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Ibu ini.














Bicara Bersama Tokoh : Dato' Seri Azalina Othman Said

0 comments
Tempat : Perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat Bahagian Batu

Pu3segambuttengah menyertai Puteri Umno Bahagian Segambut untuk hadir sama-sama menghadiri Program Bicara Bersama Tokoh yang telah dianjurkan oleh Puteri Umno Bahagian Batu. ternyata Dato Seri memberi suntikan semangat kepada kami semua.







Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

0 comments
Tempat : Sekolah kebangsaan Ulu Yam

Pu3segambuttengah mengambi peluang untuk menyertai konvoi Pemuda Umno Bahagian Segambut untuk menimba pengalaman dan melihat sendiri suasan pilihanraya di Hulu Selangor dan secara tidak langsung ingin memberi pendedahan awal kepada ahli-ahli Pu3segambuttengah yang lain.Alhadulillah,dengan kerjasama yg kukuh dari semua pihak kita memperolehi kemenangan.











My Blog List

 

Pu3segambuttengah Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez