Tuesday, June 29, 2010

Melayu Ke Mana???

0 comments
1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.

4. Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu,

Kemana kamu?


Sumber :  http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana.html

Friday, June 25, 2010

Kedudukan MB Khalid G tergugat : Tidak tahu pakatan singkir MB!

0 comments

 
SHAH ALAM 24 Jun – Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdulah Sani Abdul Hamid menjelaskan beliau tidak tahu tentang rancangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dikatakan mahu mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawat...an Menteri Besar Selangor. Sehubungan itu katanya, beliau akan bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen PKR di negeri ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.


“Saya tidak tahu perkara ini. Saya cuma tahu apabila ada pemberita menelefon saya bertanyakan kewujudan pakatan ahli Parlimen itu,” katanya di sini hari ini. Abdullah Sani yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahu menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar.

Pakatan 15 Ahli Parlimen PKR itu dikatakan wujud ekoran rasa tidak puas hati tindakan Abdul Khalid yang melantik Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Faekah Husin untuk mengisi jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar tanpa berbincang dengan Biro Politik PKR termasuk beberapa pemimpin lain dalam parti pembangkang itu. Malah pakatan Ahli Parlimen PKR itu juga dikatakan wujud serentak dengan keputusan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tengah hari ini.

Tindakan itu dipercayai kerana tidak berpuas dengan tindakan Abdul Khalid tersebut. Malah difahamkan, Biro Politik PKR dikatakan telah mencadangkan nama individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan sebaliknya ditolak oleh Abdul Khalid dan meletakkan Faekah untuk mengisi jawatan tersebut.

Monday, June 14, 2010

Perlancaran Jelajah One Malaysia : JOM..!!

0 comments
Tarikh : 12 June 2010
Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil
Pu3segambuttengah telah menghantar seramai 16 wakil untuk menyertai Program Rally 1Malaysia anjuran Pemuda BN di  Stadium Putra Bukit Jalil..Terima kasih diucapkan kepada semua Pu3 yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung..Komitmen yang diberikan amatlah dihargai..Diharap kita akan berjumpa lagi di program-program yang akan datang..



























Thursday, June 10, 2010

Jemputan ke Rally 1Malaysia

0 comments
Jemputan ke Rally 1Malaysia

Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 Jun bermula jam 12 tengah hari. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan bakal menghimpunkan seramai 15 ribu orang golongan muda dari pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO.

Rally 1Malaysia adalah program yang menonjolkan semangat 1Malaysia di kalangan belia negara yang mampu menerima keunikan dan perbezaan masing-masing demi mencapai satu hasrat bersama sebagai generasi muda Malaysia.

Rally 1Malaysia akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkemuka tempatan dari pelbagai kaum dalam satu konsert percuma - Sasi The Don, Yise Loo, Aizat Amdan dan Meet Uncle Hussain bakal menghiburkan para hadirin dengan sajian lagu-lagu popular mereka. Disamping itu, Rally 1Malaysia akan menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri oleh lebih 1000 orang belia Melayu, Cina dan India serta persembahan eksklusif lagu “1Malaysia” oleh kumpulan koir dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Pemuda Barisan Nasional menjemput ANDA untuk hadir pada hari Sabtu ini berbekalkan semangat 1Malaysia. Jemputlah keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menjayakan himpunan raksasa ini.

Semua dijemput hadir,sila berikan Nama,No.KP & saiz baju..Pengangkutan bas dan makanan disediakan,sila berkumpul di Sekolah Kebangsaan Segambut jam 9.30 pagi..

Wednesday, June 9, 2010

Masih Relevankah Puteri Umno??

0 comments

Terkilan..
apa nak dikata. saya rasa terkilan kerana pada tahun 2010 ni kehadiran ahli puteri ke mesyuarat perwakilan puteri bahagian kian berkurangan. mengapa ye? bukan nak kata cawangan lain, ahli puteri dari cawangan saya sendiri pun tidak ambil endah bila tiba musim persidangan atau mesyuarat perwakilan puteri bahagian. sudah dimaklumkan tetapi tiada respon. mengapa sambutan ahli-ahli puteri begini ye? mengapa mereka sendiri tidak menyuarakan cadangan, pendapat dan pandangan mereka sendiri? kita tidak tahu apa kehendak mereka sekiranya mereka sendiri tidak memberitahu. kadang-kadang saya tidak pasti apa tujuan sebenarnya mereka menjadi ahli puteri. kalau kata nak ikut sama berjuang, kenapa bayang pun tak nampak? fikir-fikir lah sendiri. ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ke mana nak diwariskan perjuangan ini kalau tak kepada yang muda-muda terutamanya ahli-ahli puteri ini. aduhai..
Noraizanisah Zainal Abidin
Ampang, Selangor, Malaysia
Penolong Bendahari Puteri UMNO Bahagian Ampang, Ketua Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak, Setiausaha Biro Latihan UMNO Bahagian Ampang. email : noraizanisah9@yahoo.com

Salam Perjuangan,
saya secara jujurnya amat tertarik dengan permasalahaan Ketua Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak ini yang amat terkilan dengan kehadiran ahli Puterinya di Mesyuarat Perwakilan Puteri..Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak,malah berlaku mungkin di setiap Puteri Cawangan yang lain..kenapakh ini berlaku??adakah kita tidak memberikan komitmen??adakah kita sendiri yang tidak berusaha??Masalah ini berlaku disebabkan oleh banyak sebab dan perkara..masalah ini juga perlu diambil berat oleh Ketua Cawangan,Ketua Puteri Bahagian dan seterusnya Ketua Bahagian..Masing-masing perlu ada inisiatif bagaimana nak menarik pengundi muda dan bagaimana mahu menambahkan ahli..kita sendiri menghadapi masalah kerana anak-anak orang kuat UMNO itu sendiri tidak berminat untuk mengaktifkan diri dalam politik,sejauh mana seseorang Pemimpin itu berjuang sekalipun tetapi sekiranya beliau tidak dapat memimpin anak sendiri untuk bergiat dalam politik dan seterusnya memberikan sokongan kepada Puteri UMNO, tidak berbaloi perjuangan itu..

Secara peribadinya saya berpendapat bahawa UMNO perlu menerima dan membuka ruang untuk anak-anak muda ini untuk menggalas tugas secara serius,Merancang & Melaksana..Anak-anak muda ini jangan dipandang sebagai pencabar seharusnya diberikan kepercayaan dan sokongan..Ibarat ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan penuh tanggungjawab dan kesabaran..

Kita mungkin terlalu selesa sehingga ingin menjadi seperti Samy Vellu..Bukalah ruang dan sediakan anak-anak muda ini sebagai pengganti pejuang UMNO kerana kini mereka adalah tentera yang sama kuat dan sama cergas..

Memang ramai anak-anak muda yang menjauhi bangunan UMNO kerana dua perkara.Pertamanya,UMNO tidak memberi peluang kepada anak-anak muda, walaupun ada PEMUDA tetapi haluan untuk berkhidmat kepada UMNO terlampau berliku akibat cantas mencantas walaupun baru di depan pintu.Kedua,kerana parti UMNO kebanyakkan banyak yang mengikut idea-idea ahli-ahli yang veteran.Bukan tak bagus,bukan tak bernas.Bagus,tetapi zaman sekarang sudah jauh berbeza dengan era 50an..Tetapi kami masih lagi rasa dijajah..Perlu sedar bahawa peredaran masa membawa perubahan..

p/s : Berilah peluang kepada yang memberikan komitment..

Semoga UMNO Berubah..


Tuesday, June 8, 2010

Kempen Boikot Israel..!!

0 comments
Ada yang tertanya-tanya tentang kempen boikotkan barangan buatan Israel..Tapi sejauh mana keberkesanannya? Mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang senarai produk buatan mereka atau kempen tersebut hanyalah umpama hangat-hangat tahi ayam? Kalau hendak senaraikan,memang terlalu banyak dan mungkin sukar untuk kita menerima kenyataan tentang hakikat sebenar. Boleh dikatakan setiap produk yang kita gunakan seharian adalah buatan Israel atau penyumbang kepada Israel seperti Nescafe, Maggie, Coke, Fanta, Sprite, Johnson & Johnson, Revlon, L’Oreal dan banyak lagi.
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika.. sila read more..Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S.. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.


LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean,MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies,HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger,GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman,COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz

My Blog List

 

Pu3segambuttengah Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez